PEMPROSESAN MAKLUMAT DAN MODEL PENGAJARAN
1.0 PENDAHULUAN
Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan pencapaian akademik berbanding pembelajaran secara “chalk and talk”( Hooper. et al., (2003). Ada beberapa kerangka teori tentang pemprosesan maklumat pemindahan pembelajaran oleh seseorang individu itu berkaitan dengan pembelajaran.Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran (Borgatti and Foster (2003); Brass et al. (2004)). Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.
Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Thompson (1967); Galbraith (1973); Tushman and Nadler (1978); Knight and McDaniel(1979); Larkey and Sproull (1984); Keller (1994); Premkumar, Ramamurthy, and Saun-ders (2005). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang (Anandarajan and Arinze (1998); Andres and Zmud (2001); Cooper (2005).
2.0 DOMAIN PEMPROSESAN MAKLUMAT
2.1.Peringkat-Peringkat Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:
· Kepekaan terhadap masalah yang timbul,
· Pemerolehan dan penyusunan maklumat,
· Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai,
· Pengembangan konsep yang berkenaan.
Pembentukan konsep pemprosesan maklumat ialah dengan menyamakan ingatan manusia sama seperti komputer iaitu menggunakan model input-output.• Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia terdiri daripada daftar deria/sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan( Egelhoff(1982); Habib and Victor (1991); Wolf (2000)). Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui system.
Sumber: Nordin Tahir (IPG Kampus Ipoh :Model Pengajaran)
Terdapat beberapa peringkat spesifik dalam model pemprosesan maklumat iaitu:
1.Peringkat pertama( ingatan atau memori). Ingatan atau sensori memori berlaku dalam masa yang amat singkat(1/2 saat hingga 4 saat). Pada masa ini otak manusia menentukan sama ada rangsangan perlu diberi perhatian atau tidak.
2.Peringkat kedua( pengiktirafan dan penilaian). Peringkat ini akan mementukan sama ada maklumat dalam ingatan sensori dapat diproses selanjutnya. Pengiktirafan pula adalah interaksi ransangan yang diperolehi dengan membuat perkaitan dengan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka pendek. Manakala perhatian merujuk kepada tumpuan pancaindera yang tertinggi terthadap ransangan tersebut.
3. Peringkat ketiga (Ingatan Jangka Pendek): Ingatan jangka pendek ialah merupakan ‘Ingatan yang berkerja atau ingatan yang sedar’. Berupaya menyimpan tujuh item untuk masa yang terhad. Maklumat yang diberi perhatian dikodkan untuk disimpan dalame saraf pusat. Ingatan jangka pendek yang tidak diulang akan kekal selama 15 saat. Ingatan jangka pendek jika sentiasa diulang akan dipindahkan pada ingatan jangka panjang. Jika maklumat digabung melalui ‘Chunking’ atau pengumpulan daya ingatan bertambah. Ulangan atau raptai adalah satu cara yang boleh menambahkan kekuatan ingatan jangka pendek. Raptai adalah tingkah laku berulang untuk membiasakan dengan sesuatu maklumat. Pengkodan adalah cara memproses maklumat untuk menyimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Ulang maklumat juga adalah satu cara untuk mengulang maklumat dengan menyebutnya selalu. Satu lagi cara untuk mengulang ialah latihan elaboratif (Gupta and Govindarajan (1991); Hansen (2002)).
4. Peringkat keempat (Ingatan jangka panjang): Ingatan jangka panjang merupakan stor di mana pengalaman tertentu itu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman baru bagi memudahkan pembelajaran baru berlaku. Maklumat boleh disimpan selama beberapa minit atau tahun. Contoh pengalaman yang disimpan dalam ingatan jangka panjang ialah seperti: Peristiwa yang menarik perhatian, bermakna dan yang sukar dilupakan. Terdapat 2 jenis memori
Memori Explicit : yang dapat dikeluarkan secara sedar
Memori Implicit: yang tidak dapat dikeluarkan secara sedar.
· Ingatan jangka panjang boleh dikategorikan kepada:
· Ingatan episodic: pengalaman peribadi atau peristiwa yang berkaitan dengan masa, tarikh dan tempat.
· Ingatan semantic: maklumat yang digunakan untuk rumusan, membuat generalisasi, hukum dan rumus.
· Ingatan hafazan: penyimpanan maklumat dalam bentuk mental dan dikeluarkan semula tanpa pengubahsuaian.
· Ingatan logik: menerima maklumat rasional dan logik.
· Ingatan intelektual: berkaitan dengan idea konsep dan maklumat yang abstrak.
5. Peringkat kelima( keusangan atau gangguan). Dalam proses maklumat teradapat maklumat yang mungkin hilang daripada ingatan jangka pendek melalui gangguan dan keusangan atau kerana tidak digunakan. Keusangan ialah apabila perhatian tidek diberi dan kadar keaktifan maklumat menurun. Manakala gangguan pula ialah pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama.
2.2 Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat
1. Pengekodan ('Encoding')
Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Input deria menerima rangsangan daripada persekitaran. Menerima dan mengubah maklumat input deria ke dalam kod yang boleh diproses oleh ingatan untuk dirakam. Maklumat tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam bentuk kod . Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan (Egelhoff, William G. (1991).
2. Penyimpanan ('Storage')
Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat oleh otak. Kod yang bermakna disimpan dengan teratur. Masuk ke ingatan jangka pendek ( untuk menyelesaikan masalah). Masuk ingatan jangka panjang (untuk di kekalkan untuk masa yang lama).
3. Mengingat Kembali ('Retrieval').
Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Peringkat ini merujuk kepada maklumat penting yang telah dikodkan yang diingat kembali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita ‘menambahkan maklumat’ dan ‘kita meninggalkan maklumat”
4) Lupaan ('forgetting').
Merupakan kesukaran untuk mengingatkan atau mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang telah dialami. Kebolehan mengingat adalah tidak sama bagi setiap pelajar kerana faktor perbezaan individu. Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.
3.0 PEMBENTUKAN PEMBELAJARAN KOGNITIF
Takrifan kognitif dapat dilihat dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 yang menerangkan kognitif adalah segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . proses ini boleh dianggap sebagai satu prosess atau fenomena yang tidak boleh dilihat secara langsung. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM.
Teori Pemprosesan Maklumat R. M. GagneRobert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa Kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklumbalas.
a) Fasa Motivasi- Jangkaan
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran.Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran.Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.
b) Fasa Tanggapan – Perhatian
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.
c) Fasa Penyimpanan- Kod
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.
e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari
Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
f) Fasa Generalisasi- Pindaan
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.
g) Fasa Prestasi- Gerak Balas
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.
h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.
Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in Long Term Memory)Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.
Prinsip penentuan pengkodan (encoding)Prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses pemulihan memori yang menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung berkait dengan jumlah persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih banyak persamaan, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi).( Egelhoff, William G. (1991).
Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:
1)Pengetahuan Deklaratif- Pengetahuan deklaratif semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh : Memori semantik :Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan .Contoh : Memori episodic:Saya tercedera semasa bermain hoki semalam
2) Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar.
3) Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat ke arah bola tersebut. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.
1)Pengetahuan Deklaratif- Pengetahuan deklaratif semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh : Memori semantik :Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan .Contoh : Memori episodic:Saya tercedera semasa bermain hoki semalam
2) Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar.
3) Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat ke arah bola tersebut. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Model Atkinson –Shifffin diketegorikan sebagai “parralled distributed processing (Model PDP). Maksudnya maklumat akan diperoses serentak dalam ketiga bahagian memori . Model ini ditahap metafora dan cuba menjelaskan tentang memori.model ini menggunakan jaringan neuron dalam otak sebagai metafora jaringan ingatan.
Contohnya bila kita membaca sesuatu,kita tidak melihat kepada tiap-tiap huruf menyambungnya menjadi perkataan dan makna. Kemudian menghantarnya keperingkat ingatan jangka pendek dan seterusnya keperingkat ingatan jangka panjang. Sebaliknya ahli-ahli teori model ini berpendapat,bila kita baca sesuatu,maklumat diperoses serentak oleh tiap-tiap bahagian ingatan kita akan menggunakan persepsi cuba enkod dibahagian ingatan jangka pendek dan mengguna maklumat ini dari ingatan jangka panjang untuk menafsir apa yang dibaca.ahli teori lain yang menggunakan model yang sama ialah Lewandiowsky dan Murdock.
Menurut R.C Atkinson, ada tiga komponen utama pada proses ini iaitu Ingatan Deria (sensory register), Ingatan Jangka Pendek (working memory )dan Ingatan Jangka Panjang ( long-term memory). Masing-masing komponen mempunyai peranan dan fungsinya masing-masing. Informasi dari dunia luar masuk melalui ingatan deria (SR). Jika kita tidak memberikan perhatian maka informasi tersebut akan hilang atau dilupakan. Namun sebaliknya, perhatian pada informasi menyebabkan proses dilanjutkan ke working atau short term memory. Informasi yang sudah berada di ingatan jangka pendek hanya bersifat sesaat ( < 30 detik), informasi ini dapat dilupakan jika tidak diperlukan lagi (Keller, Robert T. (1994). Jika informasi diperlukan, seseorang akan terus memikirkannya dan hal ini mengakibatkan informasi tersimpan di ingatan jangka panjang . Ingatan deria merupakan komponen sistem proses dimana informasi diterima dan ditahan untuk waktu yang sangat singkat .
Jika informasi tersebut tidak diberi perhatian maka ianya akan hilang atau dilupakan. Dari pernyataan ini timbullah pertanyaan bagaimana supaya perhatian seseorang boleh ditingkatkan Ada beberapa teknik yang dapat meningkatkan perhatian terhadap informasi.
A) Penggunaan bahasa.
Menggunakan cara-cara belajar yang lain dari kebiasaan yang digunakan sebelumnya.Sensory Register memainkan peranan penting dalam proses pembelajarana) Seseorang harus memberikan perhatian kepada informasi yang diberikan jika ingin menyimpan informasi tersebut dalam ingatan.
b) Memerlukan waktu untuk memberikan seluruh informasi kepada sensory register, informasi – informasi tidak boleh diberikan sekaligus dalam satu waktu.Contoh: Seorang pelajar tidak dapat menerima banyak maklumat dalam satu satu masa yang serentak.
b) Memerlukan waktu untuk memberikan seluruh informasi kepada sensory register, informasi – informasi tidak boleh diberikan sekaligus dalam satu waktu.Contoh: Seorang pelajar tidak dapat menerima banyak maklumat dalam satu satu masa yang serentak.
Signal yang masuk ke sensory register disebut stimuli, interpretasi seseorang terhadap stimuli disebut persepsi. Persepsi antara individu adalah berbeza, Hal ini dipengaruhi oleh pengalaman masa lalu, motivasi, kejiwaan dan pengetahuan seseorang.
Ingatan jangka Pendek (Working memory) (WM)
Ingatan Jangka Pendek merupakan komponen memori yang dapat menyimpan informasi yang terhad dalam beberapa saat saja . Hal-hal yang dilakukan di ingatan jangka pendek adalah organisasi informasi dan menghubungkan informasi yang diterima dengan pengetahuan sebelumnya dari memori long-term.
Contoh : Ingatan deria melihat seekor ayam hutan, gambar ayam hutan masuk ke ingatan jangka pendek , setelah itu terjadi gabungan informasi tentang ayam pada ingatan jangka pendek, maka akan dibentuk informasi bahawa yang dilihat itu adalah seekor ayam.
Menurut Atkinson kapasiti ingatan jangka pendek adalah 5-9 bit informasi, maksudnya 5-9 informasi dalam satu waktu. Dalam cara pembelajaran perkara ini perlu dititik berat melalui:
a) Untuk mempertahankan informasi pada ingatan jangka pendek , informasi semestinya diulang-ulang terus. Dengan demikian ada harapan bisa diteruskan ke ingatan jangka panjang.
b) Dalam memberikan informasi yang berbentuk urutan dan daftar nama-nama, sebaiknya informasi tersebut diklasifikasikan terlebih dahulu.
a) Untuk mempertahankan informasi pada ingatan jangka pendek , informasi semestinya diulang-ulang terus. Dengan demikian ada harapan bisa diteruskan ke ingatan jangka panjang.
b) Dalam memberikan informasi yang berbentuk urutan dan daftar nama-nama, sebaiknya informasi tersebut diklasifikasikan terlebih dahulu.
Ingatan jangka panjang (Long Term Memory) (LTM)
Ingatan jangka panjang merupakan komponen memori dimana informasi yang kapasitinya besar dapat disimpan untuk jangka waktu yang lama. Ingatan jangka panjang tersusun melalui tiga bahagian iaitu:
a) Ingatan Episodik iaitu tempat pengalaman-pengalaman disimpan. Informasi gambar diorganisasi dalam waktu dan bila peristiwa tersebut terjadi. Informasi yang tersimpan pada memori ini sukar untuk diingat kembali kerana kemungkinan tergabung dengan peristiwa yang hampir sama, misal kita tidak dapat mengingat lagi menu makan siang tiga hari yang lalu kerana gambar tentang menu tersebut telah terganggu oleh gambar baru. Namun ada kalanya kita dapat mengingat menu tersebut jika makan siang terjadi suatu hal di luar kebiasaan. Fenomena ini disebut flash bulb memory.
b) Ingatan Semantik , menyimpan pengetahuan, kenyataan-kenyataan, konsep, prinsip, aturan-aturan dan penggunaannya. Pelajaran-pelajaran di sekolah disimpan pada jenis memori ini. Ingatan diorganisasi dalam jaringan-jaringan yang terhubung dengan fakta, hal ini disebut schemata. Umumnya schemata adalah outline atau garis besar dari suatu fakta.
c) Ingatan procedural , menyimpan informasi tentang bagaimana melakukan sesuatu. Cara kerja memori ini adalah hubungan antara rangsangan dengan respon.
c) Ingatan procedural , menyimpan informasi tentang bagaimana melakukan sesuatu. Cara kerja memori ini adalah hubungan antara rangsangan dengan respon.
McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997) mengatakan bahawa motovasi individu akan meningkat jika pertama, dia dimotivasikan. Kedua, memahami unsure-unsur motivasi. Ketiga, melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu. Hal ini menjelaskan motivasi bertindak secara dua hala dan kedua-dua pihak pula mesti saling member dan menerima.
Motivasi merupakan satu set proses yang member tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan matlamat menjuruskan tingkahlaku itukepada satu matlamat. Seseorang yang bermotivasi akan membuat pilihan positif untuk melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini bermakna kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya.
Disamping itu McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997) menekankan juga tentang tingkh laku individu yang bermotivasi mempunyai pencapaian tinggi. Hal ini kerana individu ini mempunyai keinginan untuk mengatasi rintangan dan sanggup bersusah payah untuk mencapai sesuatu yang baik.
4.0 PENDEKATAN MODEL PENGAJARAN
IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.
Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.
Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.
Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.
Analisis Swot Model Pemprosesan Maklumat
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Kebaikan
|
Kesan
|
Guru Boleh Menggunakan Model Ini Untuk Menerangkan Konsep, Hukum, Prinsip Atau Teori Matematik.
Menerangkan Sesuatu Konsep Dengan Menggunakan Alat Bantu Mengajar.
Prinsip Daripada Yang Mudah (Asas) Ke Yang Kompleks.
Persekitaran Pembelajaran Untuk Pengajaran Konsep Adalah Berstruktur Dan Berpusatkan Guru.
Guru Boleh Menghuraikan Konsep Secara Lisan Sambil Menulis Fakta-Fakta Yang Penting Di Papan Hitam
|
Jika Sesuatu Maklumat Tidak Diproses, Ingatan Jangka Pendek Akan Hilang Serta Merta.
Guru Perlu Membentuk Respon Yang Betul, Untuk Membolehkan Kanak-Kanak Menyebut Dan Menulis Respon Dengan Betul.
Bantu Pelajar Membuat Banding Beza Situasi Untuk Mengenal Pasti Perbezaan Dan Persamaan.
Hanya Menggunakan Pembelajaran Yang Diprogramkan Sahaja
Memerlukan Guru Menyediakan Bahan P&P Yang Banyak Dan Menarik Untuk Sentiasa Menarik Fokus Murid.
|
Guru Dapat Menjimatkan Masa.
Penerangan Bahan Pembelajaran Oleh Guru Dalam Bentuk Fakta Secara Tersusun Dan Dijelaskan Mengikut Urutan.
.Pelajar Dapat Membentuk Konsep Yang Baik.
Persekitaran Pembelajaran Untuk Pengajaran Konsep Adalah Berstruktur Dan Berpusatkan Guru.
Peranan Guru Ialah Memberikan Maklum Balas Terhadap Idea Pelajar, Menggalakkan Penglibatan Pelajar Dan Menyokong Pelajar Membentuk Kebolehan Penaakulan.
Pembelajaran Ini Melibatkan Penggunaan Rumus, Prinsip Dan Generalisasi.
|
Sesuai Digunakan Untuk Mengajar Konsep Dan Kemahiran Sesuatu Pelajaran Dalam Peringkat Perkembangan.
Membolehkan Pelajar Membuat Diskriminasi Dan Generalisasi Dengan Tepat.
Membina Keyakinan Pelajar Dalam Mencapai Kejayaan.
Menekankan Kerja Kumpulan Dan Kerjasama Dalam Pembelajaran.
Pembelajaran Melalui Kaedah Ini Memerlukan Kemahiran-Kemahiran Seperti Membuat Perbandingan
|
KESIMPULAN