1. MODEL PENGAJARAN : MODEL PENGAJARAN LANGSUNG
2. MATA PELAJARAN : SAINS
3. TAHUN : 5 BESTARI
4. BILANGAN PELAJAR : 25
5. TARIKH : 7 APRIL 2013
6. MASA : 8.45-9.45 ( 1 JAM)
7. HARI : SELASA
8. TAJUK : 4.HABA
9. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : 4.1. Memahami bahawa suhu adalah penunjuk darjah kepanasan.
10. HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
4.1.1 Menyatakan bahan menjadi panas apabila haba dibekalkan.
4.1.2 Menyatakan bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.
4.1.3 Menyukat suhu dengan teknik yang betul.
11. KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS (KBKK)
1. Menghubungkaitkan – membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.
2. Membuat inferens – membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
3. Mengitlakkan – membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu.
12. BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Termometer
2. Gambar
3. Ais dan air suam
4. Bikar
5. Besen
6. Kaki retort
7. Silinder penyukat
8. Komputer riba
9. LCD
13. PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah mengalami pengalaman minum minuman sejuk dan panas.
14. PERSEDIAAN GURU
Guru perlu memastikan perlatan dan radas di dalam bilik sains mencukupi.
15. KEMAHIRAN PROSES SAINS( KPS)
1. Memerhatikan- menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.
2. Mengukur dan menggunakan nombor- membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang seragam sebagai unit rujukan.
3. Mendefinisikan secara operasi- memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan atau diperhatikan.
16. KEMAHIRAN MANIPULATIF SAINS
1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
2. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
3. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
4. Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.
5. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
17. SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI
1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
3. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.
Masa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
|
Catatan
| |
Guru
|
Murid
| |||
Set induksi
5 minit
|
Pemerhatian ke atas gambarajah.
|
1. Guru menunjukkan dua gambar yang berlainan situasi iaitu api dan ais.
2. Guru menggalakan murid berfikir perbezaan kedua-dua gambar.
3. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.
|
1. Murid menyebut apa yang mereka lihat iaitu api dan ais.
2. Murid membuat perkaitan bahawa api panas dan ais sejuk.
|
Strategi P&P:
Kaedah: Kelas
Teknik:Soal jawab
Alat:
· gambar
KBKK:
Membanding dan membezakan
Nilai:
Minat
KPS: Memerhati
|
Persediaan
10 minit
|
Menjana idea.
Definis haba.
Alat menyukat suhu.
|
1. Guru menunjukkan slaid power point definisi haba.
2. Guru menggalakan murid berfikir kepentingan haba dalam kehidupan seharian.
3. Alat alat yang digunakan untuk menyukat suhu.
- Termometer merkuri
- Termometer klinik
- Unit piawai untuk suhu
( darjah celcius)
Lampiran 1
|
1. Murid melihat persembahan slaid power point tetang haba dan alat menyukat suhu.
2. Video tentang suhu .
|
Strategi P&P:
Kaedah: Kelas
Teknik:
Alat:
· Power point/video
· Komputer
· LCD
KBKK: mengitlak
Nilai:
Minat
KPS: Memerhati
|
Perkembangan 10 minit
|
Percambahan idea.
Menyukat suhu dengan teknik yang betul.
|
AKTIVITI: ( MODEL PENGAJARAN LANSUNG
4. Guru menunjukkan termometer merkuri.
5. Guru membuat demontrasi menyukat suhu dengan betul menggunakan termometer.
6. Guru menerangkan langkah demi langkah cara menyukat suhu.
Lampiran 2.
|
1. Murid memerhati langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.
|
Strategi P&P:
Kaedah: demontrasi
Alat:
· Termometer
· Bikar
· Air suam
KBKK:
Menjana idea.
Nilai:
Minat dan bersifat ingin tahu.
KPS: memerhati
|
Pengukuhan
15 minit
|
Eksperimen menyukat suhu
|
1. Guru menyediakan radas untuk mengukur haba .
2. Guru menerangkan langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk melakukan eksperimen.
Lampiran 3
Lampiran 4
|
1. Murid melakukan eksperimen di dalam kumpulan dengan bimbingan guru.
2. Murid dibimbing untuk menggunakan termometer dan mengambil bacaan termometer dengan betul.
3. Murid menyukat suhu dengan menggunakan termometer dengan betul.
4. Murid mengumpul maklumat tentang unit piawai untuk menyukat suhu.
5. Murid mencatatkan dapatan eksperimen didalam lampiran 4.
|
Strategi P&P:
Kaedah: eksperimen
Alat:
· Besen
· Ais
· Air suam
· Termometer
· Kaki retort
· Silinder penyukat
KBKK:
Menjana idea.
Nilai:
Minat dan bersifat ingin tahu.
KPS: memerhati
|
Penutup
10 minit
|
Rumusan pelajaran
|
1. Guru menunjukkan gambar salji dan lahar gunung berapi sebagai pengukuhan konsep haba dan suhu.
2. Guru menggalakkan murid membuat hubungan antara api dan ais.
3. Guru membantu murid membuat kesimpulan bahawa:
a) Peningkatan haba menyebabkan bahan menjadi panas
b) Kehilangan haba menyebabkan bahan menjadi sejuk
|
1.Murid menjawab soalan guru iaitu salji dan gunung berapi.
2.Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.
|
Strategi P&P:
Kaedah: Kelas
Teknik:Soal jawab
Alat:
· gambar
KBKK:
Membanding dan membezakan
Nilai:
Minat
KPS: Memerhati
|
Refleksi
|
25/25 murid dapat menggunakan termometer dan mengukur suhu air dengan bimbingan guru.
Guru:
1. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan model pengajaran lansung membolehkan guru menunjukkan cara atau teknik yang betul menggunakan termometer.
2. Memudahkan guru menerangkan konsep yang sukar yang difahami.
3. Guru dapat mendomentrasi cara menggunakan alat atau radas dengan tepat .
4. Guru dapat menarik minat murid terhadap cara membuat eksperimen dengan teknik nbetul
Pelajar:
1. Memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri cara atau teknik yang betul mengukur suhu dengan menggunakan termometer.
2. Membantu pelajar menggunakan deria (pengalaman deria) seperti melihat untuk mendapatkan pengetahuan.
3. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit. Pelajar berpeluang meneroka sendiri bidang sains.
4. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar dibawah bimbingan guru.
|
No comments:
Post a Comment