Monday 22 April 2013

bab 3


BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 PENDAHULUAN
            Bab ini akan menerangkan tentang kaedah perlaksanaan kajian bagi mengkaji hubungan antara  penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan minat pelajar  terhadap subjek Dunia Sains Dan Teknologi (DST)sekolah rendah. Aspek yang dibincangkan dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, responden kajian, instrumen kajian , prosedur pengumpulan data, prosedur analisis data data dan juga kesimpulan yang akan dijadikan panduan dan juga garis kasar bagaimana kajian ini dilaksanakan di sekolah yang dipilih.
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
            Reka bentuk kajian yang dijalankan ini adalah berasaskan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan pelajar tahap 1 yang telah sedia ada di sebuah sekolah di negeri Kedah iaitu kumpulan yang pertama yang diajar menggunakan pendekatan PPBK yang disebut kumpulan eksperimen terdiri daripada 3 buah kelas. Kumpulan kedua pula ialah kumpulan yang diajar dengan pendekatan tradisional yang disebut kumpulan kawalan terdiri daripada 3 buah kelas. Mereka telah diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan manakala ujian pasca diberikan selepas kajian dijalankan.
            Menurut Cambell & Stanley (1996), reka bentuk kuasi eksperimen adalah melibatkan dua kumpulan kawalan yang tidak setara atau “ the nonequivalent control group design” . Manakala menurut Mohd Majid (1990) pula reka bentuk kuasi eksperimen tidak menggunakan persampelan rawak untuk memilih sampel bagi dimasukkan ke dalam kumpulan eksperimen dan kawalan kerana kedua-dua kumpulan tersebut sebenarnya telah disatukan sebelum kajian bermula.
            Pengkaji telah memilih reka bentuk kuasi eksperimen di dalam kajian ini, di manapelajar yang dipilih  adalah seperti yang dinyatakan di atas , iaitu melibatkan enam buah kelas yang telah sedia ada dengan kumpulan eksperimen menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran PPBK untuk mempelajari tajuk-tajuk dalam Dokumen Standard Dunia Sains Dan Teknologi (DST), kumpulan kawalan yang menerima pembelajaran tajuk yang sama dengan menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kumpulan tersebut diberi ujian pra dan pasca masing-masing sebelum dan selepas kajian dijalankan. Penyelidik telah mengenalpasti bahawa pelajar-pelajar di dalam kedua-dua kumpulan  tersebut adalah mempunyai kebolehan yang hampir sama iaitu selepas ujian saringan LINUS dijalankan . LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi (matematik)semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
            Di dalam reka bentuk kajian kuasi eksperimen ini juga terdapat dua pembolehubah yang dikaji iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar ialah pembolehubah di mana kesan olah yang dicerap , manakala pembolehubah bebas ialah pembolehubah yang dikaji kesannya. Menurut Mohd Majid (1990) reka bentuk kuasi ekspeimen tulen biasanya adalah untuk menguji hipotesis tentang perbandingan hubungan diantara dua atau lebih kaedah pembelajaran. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah minat pelajar terhadap matapelajaran Dunia Sains Dan Teknologi (DST) manakala pembolehubah tidak bersandar ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dan kaedah tradisional.
            Kajian ini melibatkan dua jenis pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar ialah minat pelajar yang diukur dengan mengunakan ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, manakala keadah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan kaedah tradisional pula dinyatakan sebagai pembolehubah bebas. Pembolehubah luaran atau disebut juga dengan pembolehubah ekstranus yang meliputi pemilihan sampel , interaksi antara kumpulan, jangkamasa kajian, penyediaan soalan dan penggunaan statistik, boleh memberi kesan kepada kaedah pengajaran dan juga pencapaian sains pelajar yang mana boleh meningkatkan lagi ralat bagi kajian ini.
            Bagi mengawal pemboleubah-pembolehubah luaran, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya pemilihan sampel yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap yang hampir sama. Hal ini telah dikenalpasti melalui ujian saringan LINUS bagi pelajar tahap satu sekolah rendah.
Rajah 3.1








            Selain itu , in ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan dianalisis melalui ujian-T untuk melihat bahawa tidak wujuf perbezaan yang significant dari segi kebolehan sains para pelajar sebelum kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini ialah selama dua bulan dan guru yang mengajar ialah  pengkaji sendiri  bagi kaedah PPBK dan tradisional. Ujian pra diberikan kepada kedua-dua kumpulan sebelum pengajaran dan ujian pasca pula diberikan selepas pengajaran secara formal dijalankan. Pelajar yang terlibat di dalam kajian ini dikehendaki menjawab kedua-dua ujian di dalam kertas soalan dan dikumpulkan oleh pengkaji di akhir sesi ujian. Keputusan ujian ini dijangka dapat membandingkan prestasi pencapaian kedua-dua kumpulan tersebut.
3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN
            Kajian yang akan dijalankan merangkumi hanya sebuah sekolah di negeri Kedah. Sekolah yang dipilih ini berdasarkan prasarana dan kemudahan makmal komputer yang baru dan lengkap dengan kemudahan internet. Semua pelajar telah mengikut mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi (DST) mengikut Dokumen Standard dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sukatan pelajaran dan pentaksiran ujian formatif dan sumatif adalah mengikut Dokumen Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
            Sampel kajian ini merupakan pelajar tahap satu di dalam enam buah kelas yang hampir sama pencapaian mereka selepas Ujian Saring LINUS. Sebuah kelas terdiri daripada 23hingga 28 orang pelajar yang dianggap sebagai kumpulan eksperimen dan sebuah lagi tyerdiri dariapda 22-26  orang pelajar sebagai kumpulan kawalan. Jumlah sampel kajian yang dipilih ialah seramai 108 orang.  Hasil kajian yang akan diperolehi  daripada responden diharap benar-benar dapat menunjukkan hubungan antara penggunaan kaedah PPBK dengan minat pelajar terhadap subjek Dunia Sains Dan Teknologi (DST)
3.3 ALAT UKUR / INSTRUMEN KAJIAN
            Dalam menjalankan kajian ini penyelidik akan menggunakan beberapa instrumen seperti soal selidik, ujian pra, ujian pasca dan  perisisan PPBK.
            3.3.1 Soal Selidik
Salah satu instrumen yang digunakan ialah set soal selidik. Menurut Majid( 2000), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden keran tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji.
Soalan soal selidik yang akan digunakan dalam kajian ini akan dibina oleh penyelidik sendiri. Soal selidik dibina berpandukan jadual spesifikasi tahap afektif Krathwohl dengan mempertimbangkan kategori penerimaan, gerak balas, penghargaan, organisasi dan ciri nilai. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian A adalah mengandungi item yang berkaitan tentang latar belakang pelajar seperti jantina, kaum dan kebolehan membaca pelajar. Bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan secara PPBK. Soal selidik akan diberikan kepada kumpulan eksperimen iaitu kumpulan yang diajar dengan kaedah PPBK. Skala Gaya Likert Lima Mata yang mengandungi lima pilihan digunakan bagi membantu pelajar menyatakan tahap persetujuan terhapa item yang dikemukakan.
Skor Nilai
Skor
Sangat rendah
1
Rendah
2
Sederhana
3
Tinggi
4
Sangat tinggi
5
Data interval( bila guna skala gaya  likert)
            Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan taburan frekuansi dan peratusan bagi mengukur minat pelajaran  Sains Dan Teknologi (DST)
Ujian-t
       I.            Nominal
§  Aras paling rendah
§  Bertujuan untuk pengkelasan, pengenalan
§  Jantina,    
    II.            Sela
§  Nombor menunjukkan kuantiti
§  Jarak sekata antara nombor.
§  Suhu, markah ujian, IQ
§  Nilai sifar arbitrari

            Bagi  soal selisik untuk mengukur minat pelajar ini , ia akan direka berdasarkan empat indicator iaitu:
i.                    Minat pelajar terhadap mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi (DST)
ii.                  Kemudahan computer di sekolah dan rumah
iii.                Minat pelajar terhadap pembelajaran sains berbantukan computer
iv.                Kepelbagaian kaeadh pengajaran berbantukan computer yang digunakan oleh guru.

            3.3.2 Ujian Pra
Ujian ini mengandungi 30 soalan berbentuk isi tempat kosong. Responden dikehendaki menjawab semua soalan mengikut tahap umur. Ujian ini dijalankan sebelum tindakan dilaksanakan. Ujian ini dijalankan selama 30 minit dan dilaksanakan dihujung pengajaran dan pembelajaran. Ujian Pasca ditadbir selepas sehari tindakan dilaksanakan.Ujian pra dan pasca bertujuan untuk menilai keberkesanan tindakan yang dilaksanakan.
            3.3.3 Ujian Pasca
Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan. Kedua-dua ujian pra dan pos dibina oleh penyelidik sendiri. Setiap soalan ujian yang dnibina berpandukan buku teks dan modul pengajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan-soalan ini juga akan disemak oleh rakan sejawat yang juga mengajar subjek tersebut untuk mengelakkan kesilapan konsep dan kefahaman seterusnya akan disahkan oleh Guru Besar.
            3.3.4 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular di kalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer mempunyai perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.
Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan adalah berkaitan konsep sains sekolah rendah yang ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis-jenis interaksi yang akan digunakan  ialah tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri. Bagaimanapun, perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik akan digunakan mengikut kesesuaian topic yang akan dipilih oleh pengkaji mengikut dokumen standard yang dibekalkan.

3.4 KAJIAN RINTIS
Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya. Kajian rintis terhadap ujian akan dijalankan kepada bebarapa sampel pelajar tahap satu di sekolah berhampiran. Sampel yang akan diuji ialah seramai 30 orang pelajar yang mempunyai pengetahuan kognitif sedia ada. Pelajar yang dipilih merupakan bukan sampel pelajar. Ini adalah bagi menguji soalan pra dan pasca serta soal selidik yang disediakan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar tahap satu. Judteru itu, setelah kajian rintis dilaksanakan kepada sampel pelajar ini beberapa perubahan mungkin dilakukan kepada soalan-soalan ujian pra dan pasca serta soal selidik.
3.5 TATACARA MEMUNGUT DATA
            Setelah kajian rintis dijalankan barulah kajian sebenar akan dilakukan kepada kumpulan pelajar yang dipilih. Kedua-dua kumpulan ini merupakan kelas yang diajar sendiri oleh pengkaji. Tempoh kajian terbahagi kepada 4mpat fasa iaitu:
Fasa 1-  Pengkaji  perlu mendapatkan kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia (EPRD) dan juga Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, pengkaji akan berjumpa dengan Guru Besar sekolah untuk mendapatkan kebenaran.
Fasa II – Seterusnya pengkaji akan bertemu dengan kumpulan pelajar kajian dan kumpulan kawalan. Pengkaji akan menerangkan tujuan kajian ini dijalankan. Kerjsama diperlukan sepanjang kajian ini dijalankan. Pada masa ini ujian pra akan dijalankan sendiri oleh pengkaji kepada kedua-dua kumpulan.
Fasa III- Dalam fasa ini pengkaji akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah berbantukan komputer. Dalam kumpulan kajian, pengkaji akan menggunakan perisisan multimedia, internet, power point dan permainan computer manakala kaedah biasa bagi kumpulan kawalan. Tajuk  yang dipilih adalah berdasarkan huraian  Dokumen Standard KSSR yang menekankan konsep sains. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran latihan  topical akan diberikan sebagai pengukuhan.
Fasa IV- Bagi fasa ini ujian pasca akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan. Pengkaji akan menyemak sendiei ujian tersebut. Soal selidik juga kan diberikan tetapi hanya kepada kumpulan kajian sahaja.
3.6 TATACARA MENGANALISIS DATA
            Soal selidik, ujian pra dan pasca akan dianalisa secara kuantitatif. Data-data yang diperolehi  daripada soal selidik dengan menjumlahkan skor untuk setiap item daripada soalan secara manual dan dengan menggunakan program SPSS 12.0 (Statistical Package For Social Science).  Pengkaji  memilih untuk menggunakan kaedah ini kerana ianya lebih mudah, selain menjimatkan masa dan tenaga.
Rajah proses pengolahan dan analisis data:






Data yang dikumpulan akan dikodkan sebelum dimasukkan ke dalam perisian SPSS. Jenis data yang digunakan Statistikal deskriptif iaitu  menganalisis data secara peratusan, frekuensi serta dengan menggunakan Measure of central tendency (MCT) (ukuran kecenderungan memusat) – min, mod dan median. Dalam statistik deskriptif, jenis analisis data sering melibatkan analisis bivariat iaitu dengan hanya menggunakan satu pemboleh ubah sahaja untuk faktor demografi seperti jantina, dan umur dengan menggunakan peratusan dan frekuensi. Sebagai contohnya peratusan dan jumlah responden lelaki dan perempuan.                 Menurut Whitney (1960),  metode deskriptif adalah pencarian fakta dengan interpretasi yang tepat. Penelitian deskriptif mempelajari masalah-masalah dalam masyarakat, serta tata cara yang berlaku salam masyarakat serta situasi-situasi tertentu, termasuk tentang hubungan kegiatan, sikap, pandangan, serta proses-proses yang sedang berlangsung dan pengaruh dari suatu fenomena. Penelitian deskriptif adalah metode penelitian yang berusaha menggambarkan objek atau subjek yang diteliti sesuai dengan apa adanya.
Ujian-t akan digunakan untuk membuat perbandingan atau menentukan perbezaan anatara dua atau lebih kumpulan atau kategori pembolehubah. Dalam kajian ini pencapaian saisn yang diterima melalui ujian pra dan pasca Merupakan data berbentuk sela iaitu data jenis ini boleh dianalisis dengan menggunakan Ujian-t berdasarkan hipotesis yang ingin diuji.
Bagi pengujian hipotesis Ho1 hingga Ho5 akan menggunakan ujian –t sampel bebas. Ujian-t digunakan kerana tedapat dua min dalam pembolehubah bebas dan satu min dalam pembolehubah bersandar. Bagi menunjukkan minat pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang digunakan, data yang ditafsir  dalam bentuk peratusan dan min skor setiap item. Purata min skor  yang tinggi bagi setiap item akan menujukkan penerimaan yang menggalakan  manakala min skor rendah akan menunjukkan sebaliknya.

3.7 RUMUSAN
            Metodologi kajian menyatakan reka bentuk , sampel, instrument dan prosedur pengumpulan dan analisis data. Kajian mengharapkan bahawa pendekatan pengajaran berbantukan komputer yang dipilih akan menunjukkan hubungan yang positif terhadap minat pelajar terhadap subjek dunia Sains Dan Teknologi. Dapatan kajian ini juga diharap dapat member nilai tambah baik  kepada pemilihan alternatif kaedah pengajaran sains sedia ada.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            



No comments:

Post a Comment