Friday 12 April 2013

RPH DST TAHUN 1


Matapelajaran
Kelas
Masa
Tajuk
DUNIA SAINS & TEKNOLOGI
1 Bestari
8.15-9.15
Daun dan bungaku sayang
Standard kandungan
4.2Mencipta Produk daripada bahagian- bahagian tumbuhan
Standard Pembelajaran
: 4.2.1 Mereka bentuk produk seperti penanda buku,   potpuri, kolaj dan kraftangan seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat dengan menggunakan bahagian-bahagian     tumbuhan.
Sumber
Daun, Bunga, Kertas warna, Penanda buku, Gam, Gunting, Pita pelekat, Penebuk lubang, Lembaran kerja,  g ambar Hasil ciptaan.
Persediaan
Aktiviti 1
Guru menunjukkan bahagian-bahagian tumbuhan. ( Daun,bunga, batang, akar)    2. Guru bertanya soalan berkaitan.Apakah bahan yang ditunjukkan?Bolehkah membentuk produk dengan menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan yang ditunjukkan?    3. Guru mengaitkan persoalan tersebut dengan P&P hari ini.
Imaginasi
Aktiviti 2    1. Guru memaparkan gambar hasil ciptaan kepada murid-murid.    2. Guru membimbing murid-murid menyatakan bahan asal         daripada hasil ciptaan tersebut.Murid-murid menyatakan barang-barang lain yang diperbuatkan daripada tumbuhan.
Perkembangan
Aktiviti 3
  1. Guru meminta 2 orang murid A dan B ke depan kelas dengan membawa Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi.
  2. Guru menyelitkan penanda buku di dalam buku teks muka surat 33 untuk murid A.
  3. Guru menyuruh murid Adan B membuka muka surat 33 pada masa yang sama.
  4. Murid membandingkan siapakah yang dapat membuka muka surat tersebut dalam masa yang singkat.
  5. Murid-murid menyatakan kebaikan penanda buku.
  6. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang untuk menjalankan aktiviti.
  7. Guru mengedar kad tugasan dan menerangkan tugasan mereka.
Tindakan
Aktiviti 4
1.            Murid mempersembahkan hasil akhir tugasan mereka.
2.            Murid membuat penilaian hasil ciptaan kumpulan yang lain.
3.            Guru mengedarkan lembaran kerja untuk murid-murid menyiapkan.
Penilaian
Murid dan guru berbincang jawapan yang betul berpandukan latihan dalam lembaran kerja.
Pengukuhan
Guru berinteraksi dengan murid tentang produk yang dicipta daripada bahagian tumbuhan dan juga menerapkan nilai murni.
Refleksi

No comments:

Post a Comment